LAWATAN KE LADANG AYAM SOON LEE
Dua orang pelajar Universiti Brunei Darussalam, dari modul Indutri Tradisi Brunei - PB3403 telah membuat lawatan ke perusahaan penternakan ayam pedaging dan ayam penelor Syarikat Soon Lee di Kampung Gana, Sungai Liang, Belait. Lawatan ini satu daripada kajian modul PB-3403 (Industri Tradisi Brunei, Program Akademi Pengajian Brunei) iaitu bertujuan untuk memberi kefahaman tentang industri tradisi di Negara Brunei Darussalam dalam konteks sosioekonomi.
Pelajar telah tiba di sana pada pukul 2:00 petang dan disambut mesra oleh Phil C L Ong, penolong pengurus syarikat tersebut. Pada mulanya, pelajar diberikan taklimat tentang perusahaan syarikat tersebut serentak dengan sesi soal jawab.
Sejurus selepas itu, pelajar dibawa ke sebuah kandang yang mengandungi 50,000 ekor ayam penelor. Menurut beliau, pada kebiasaannya seekor ayam penelor mengeluarkan sebiji telor dalam masa 23 jam, sama seperti sebuah raban menghasilkan 50,000 biji telor sehari. Beliau menambah lagi, bahawa ayam penelor ini akan disembelih setelah berumur 19 minggu dan digantikan dengan ayam penelor yang baru.
Seterusnya, pelajar melawat ke ladang ayam pedaging yang mengandungi 13
buah raban ayam tertutup. Sebuah raban ayam tertutup berharga tidak kurang
daripada B$300,000 ini dilengkapi dengan sistem teknologi automatik. Raban yang
paling kecil dapat memuatkan sebanyak 30,000 ekor ayam pedaging, lazimnya akan
disebelih setelah berumur 35 ke 38 hari.
Akhirnya, pelajar mengunjungi ke tempat bangunan
penyembelihan ayam yang menggunakan kaedah sistem teknologi moden tetapi cara
penyembelihan masih dilakukan menggunakan tenaga manusia yang telah diluluskan
oleh Kementrian Hal ehwal Agama, Bahagian Halal Haram. Bangunan ini mempunyai
beberapa bahagian iaitu, penyembelihan, pembuangan bulu, pembersihan dan
pembungkusan.
Dapatlah disimpulkan bahawa syarikat ini telah
mempunyai pengeluaran yang sudah dirancang dengan teliti mengikut keperluan
orang ramai serta terjamin kehalalannya dan kebersihannya ditambah lagi dengan
menggunakan kemudahan sistem teknologi yang lengkap. Lawatan ini telah memberikan banyak ilmu
pengetahuan kepada pelajar mengenai pengurusan penternakan ayam pedaging dan
ayam penelor. Pengalaman ini dapatlah dikongsisamakan bersama rakan-rakan modul
PB-3403 (Industri Tradisi Brunei, Program Akademi Pengajian Brunei) dan
digunakan sebagai kaedah sara hidup pelajar setelah keluar dari universiti
nanti.
LAWATAN KE KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam hari ini telah membuat lawatan ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, bagi mengetahui mengenai seni tarian yang terdapat di negara ini.
Rombongan yang terdiri daripada pelajar yang mengambil modul PB-3403 Industri Tradisi Brunei dari Akademi Pengajian Brunei dan AS-3306 Seni Persembahan Melayu dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial itu diketuai oleh Awang Sardirman bin Haji Duraman. Dalam lawatan berkenaan rombongan telah diberi taklimat mengenai seni tarian di negara ini oleh Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Awang Haji Mohd Abdoh bin Haji Damit.
Antara seni tarian yang disebutkan termasuk tarian klasik, tarian ritual, tarian tradisional, tarian teater dan tarian ciptaan baru. Salah seorang penari dari kementerian tersebut turut menghiburkan para siswa dengan tarian klasik yang dipanggil Alai Ashik. Rombongan juga berkesempatan mempersembahkan Tarian Alai Bubu, Tarian Joget Mukun dan Tarian Adai-Adai dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai di kementerian tersebut. Suasana menjadi lebih meriah apabila alat muzik tradisional seperti gendang dan rebana dimainkan.
LAWATAN KE KG KULAPIS; HERBA
LAWATAN KE LADANG HUA HO
LAWATAN KE KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
![]() |
Awang Sardirman bin Haji Duraman (Kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak KKBS. |
![]() |
Rombongan
UBD bergambar ramai bersama pihak KKBS. |
Rombongan yang terdiri daripada pelajar yang mengambil modul PB-3403 Industri Tradisi Brunei dari Akademi Pengajian Brunei dan AS-3306 Seni Persembahan Melayu dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial itu diketuai oleh Awang Sardirman bin Haji Duraman. Dalam lawatan berkenaan rombongan telah diberi taklimat mengenai seni tarian di negara ini oleh Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Awang Haji Mohd Abdoh bin Haji Damit.
Antara seni tarian yang disebutkan termasuk tarian klasik, tarian ritual, tarian tradisional, tarian teater dan tarian ciptaan baru. Salah seorang penari dari kementerian tersebut turut menghiburkan para siswa dengan tarian klasik yang dipanggil Alai Ashik. Rombongan juga berkesempatan mempersembahkan Tarian Alai Bubu, Tarian Joget Mukun dan Tarian Adai-Adai dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai di kementerian tersebut. Suasana menjadi lebih meriah apabila alat muzik tradisional seperti gendang dan rebana dimainkan.
LAWATAN KE KG KULAPIS; HERBA
Nama
Informan: Awang Haji Nayan bin Apong
Alamat:
NO.1, Simpang 36, Kg. Kulapis, Jalan Tutong BG2521, Negara Brunei Darussalam
Profil
informan: Beliau berumur 83 tahun. Sudah berkecimpung dalam
industri herba sejak 13 tahun lalu. Akan tetapi beliau sudah mula mempelajari
tentang ubat herba sejak umur beliau masih muda lagi.
Tujuan
utama lawatan: Mengkaji tentang jenis dan penggunaan ubat-ubat
herba untuk penyakit-penyakit biasa dan kronik seperti tekanan darah tinggi dan
kencing manis
![]() |
Figure 5
Minyak serbaguna untuk mengubtai pelbagai penyakit seperti kuligata, keracunan dan lain-lain |
LAWATAN KE LADANG HUA HO
Kali ini lawatan mahasiswa dan mahasiswi yang
mengambil modul PB-3403 Industri Pengajian Brunei di bawah Akademi Pengajian
Brunei, Universiti Brunei Darussalam diteruskan dengan membuat lawatan ke
Ladang Hua Ho yang terletak di Kampung Junjungan di Daerah Brunei dan Muara.
Lawatan kali ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi cara penternakan
ayam bagi ayam pedaging dan juga penghasilan telur ayam di ladang ini. Seramai
6 orang siswa telah mengikuti lawatan ini. Penyelia ladang tersebut iaitu Awg.
Ronny Loh Seng Fong telah memberikan taklimat ringkas dan membawa mahasiswa dan
mahasiswi ini melawat ke rumah-rumah ayam di kawasan ladang tersebut.
Di
ladang ini ada beberapa buah rumah ayam yang khas untuk ayam pedaging. Jenis
ayam dipelihara ialah Cobb 500. Ayam ini diletakkan dalam sebuah rumah tertutup
yang menggunakan sistem dan teknologi yang terbaru, di mana makanan dan minuman
untuk ayam-ayam tersebut akan keluar secara otomatik apabila makanan dan
minuman tersebut berada di tahap-tahap yang tertentu. Dalam sebuah rumah dapat
memuatkan sebanyak 13,000 ekor ayam dalam satu masa. Rumah ayam tersebut akan
berada di dalam keadaan yang sejuk dan ia juga mempunyai lampu berwarna
hijau supaya semua ayam dalam keadaan selesa dan dapat membantu proses
tumbesarannya dengan lebih berkesan. Dengan menggunakan sistem rumah tertutup
ini juga akan dapat menghindari penyakit daripada menjangkiti ayam-ayam
tersebut. Ayam-ayam ini akan berada di dalam rumah tersebut selama 38 hari
kerana pada hari tersebut ke semua ayam-ayam itu akan disembelih. Setelah
ayam-ayam ini disembelih rumah ayam tersebut akan dibersihkan dan dibiarkan
kering untuk beberapa minggu sebelum dimasukkan anak-anak ayam yang baru.
Selepas itu kami dibawa ke rumah di mana ayam penelur diletakkan. Sebuah rumah bagi ayam penelur boleh memuatkan sebanyak 18,000 ekor ayam dalam satu masa dan telur yang boleh dihasilkan dalam sehari ialah berjumlah 130,000 biji. Jenis ayam penelur tersebut ialah Isa Brown. Ayam-ayam yang menghasilkan telur sehingga berumur 18 bulan hingga 2 tahun, selepas mencecah umur 80 minggu ia akan disembelih dan dagingnya akan dijual kerana jumlah telur yang dihasilkan oleh ayam-ayam ini akan semakin berkurangan. Ayam ini akan dipanggil sebagai daging ayam tua. Warna lampu di rumah ayam penelur ini berwarna kemerah-merahan kerana untuk merangsang penghasilan telur ayam. Rumah ini juga menggunakan sistem dan teknologi yang terbaru dalam cara pemberian makan, minum dan pengutipan telur-telur.
Telur-telur
ayam yang telah dihasilkan oleh ayam-ayam tersebut akan digerakkan oleh mesin
tersebut ke rumah pembungkusan yang bersebelahan. Pekerja-pekerja ladang akan
meletakkan telur tersebut di dalam bekas penyimpanan telur. Ia akan disimpan
mengikut saiz yang sama iaitu saiz XL, L dan S. Setiap telur akan ditimbang
beratnya oleh mesin timbangan supaya dapat diketahui saiznya. Telur yang kotor
akan dibersihkan dahulu sebelum diletakkan ke dalam bekas. Setelah siap
dibungkus ianya akan diletakkan di dalam bilik yang berhawa dingin sebelum
dipasarkan ke pasaraya dan kedai.
Sebagai tanda terima kasih, kami telah memberikan sijil penghargaan kepada penyelia Ladang Hua Ho tersebut di atas kerjasama yang diberikan dan telah membenarkan kami membuat lawatan ke ladang tersebut. Dengan adanya lawatan seperti ini akan dapat membantu kami dalam menyelesaikan kajian yang dilakukan dan memberikan pengetahuan dalam bidang ternakan ayam di negara ini.
LAWATAN KE PEJABAT PENDAFTAR
Ini
merupakan lawatan penting bagi pengkaji kerana ianya penting untuk di
pelajari sebelum terlibat dalam apa jua bisnes yang akan di buat.
Pengkaji terdiri 9 orang mahasiswa dan mahasiswi berkunjung ke mahkamah
untuk mempelajari dan mengetahui apa dia 'trademark' yang mana akan di
terangkan oleh salah seorang pegawai di sana.
Apa erti
'trade mark'? Trade mark adalah satu simbol atau tanda yang digunakan
untuk mengenal barangan dan perkhidmatan bagi sesebuah syarikat. Untuk
membuat tanda atau logo boleh mengunakan huruf, nombor, ayat, shape,
colour dan sebagainya. Trade mark yang tidak di luluskan adalah seperti
maksud atau makna 'trademark' tidak memuaskan, tidak diketahui,
trademark yang mempunyai lambang kebesaran Negara Brunei Darussalam dan
sebaginya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang trade mark:
Office of the Registrar of Trade Marks
1st Floor, The Law & Courts Building,
km1, Jalan Tutong,
Bandar Seri Begawan BA1910
Negara Brunei Darussalam.
Tel: (673) 2231200/2231193/4/6
Fax: (673) 2223100
Sebagaimana
telah diterangkan oleh salah seorang pegawai di sana, trademark bukan menjadi satu kemestian. ianya sebagai satu strategi bisnes yang mana
untuk menjaga lambang atau logo daripada di gunakan oleh orang lain.
Apabila lambang atau logo bisnes individu telah digunakan maka individu tersebut boleh memberi amaran kepada pihak tersebut untuk tidak mengunakannya lagi atau meyaman dan
meminta bayaran sebagai pampasan daripada mereka.
LAWATAN KE LADANG PENTERNAKAN KAMBING
Lawatan: Penternakkan kambing
Pemilik: Hj Abdullah Bin Hj Abdul Rahman
Tempat: Kg Jangsak
Tarikh: pada 31hb Januari 2013
Profile Beliau:
Beliau merupakan bekas pegawai ugama di kementerian Hal Ehwal Ugama. Beliau berumur 67 tahun dan kini beliau telah pencen dari pekerjaannya dan sekarang menjadi penternak kambing sepenuh masa. Beliau menternak kambing selama dua tahun dan hingga kini beliau masih mengusahakannya. Beliau memulakan bisnes kambing ini pada awalnya mempunyai dua jantan dan tiga ekor betina dan sekarang beliau mempunyai 20-30 ekor kambing. Tujuan beliau untuk memulakan bisnes kambing ini adalah untuk mendapatkan pendapatan sendiri dan memajukan atau mengembangkan lagi industri di Brunei dan juga membantu menaikkan ekonomi Brunei.

Kami terdiri daripada sembilan orang mahasiswa dan mahasiswi membuat lawatan ke penternakan kambing di Kg Jangsak. Beliau memelihara kambing dengan cara berkurung kerana bagi beliau memelihara secara berkurung lebih bagus daripada secara berlepas. Ini kerana pemeliharaan secara berlepas akan mudah mendapat jangkitan penyakit seperti penyakit cacing, kembung perut dan sebagainya. Beliau memandikan kambing seminggu tiga kali.Penyakit yang selalu menjangkiti kambing adalah penyakit cacing. Penyakit cacing mulanya daripada makanan. Penjagaan makanan menjadi pioriti utama dalam menternak kambing.
Kandang Kambing beliau semuanya di perbuat daripada kayu dan mempunyai satu tingkat sahaja. Beliau memberitahu kepada kami pada mulanya kandang kambing beliau tidak besar maka berkat usaha beliau sendiri kandang kambing beliau kini menjadi besar. Beliau sendiri yang membina dan menambah kandang kambing beliau ini kerana untuk menjimatkan cost perbelanjaan. Beliau sekarang mempunyai 20-30 ekor kambing. Jenis-Jenis kambing yang beliau ada adalah seperi kibas, kambing kacang dan sebagainya.
Makanan-makanan kambing yang beliau gunakan adalah 'pallete', hampas soya, jagung, rumput dan sebagainya.
Hampas soya mempunyai khasiat tersendiri dan juga ia merupakan satu jenis organik dan jauh lebih murah dibandingkan dengan rumput, palet dan sebagainya. Harga 50 cent seguni. Makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis seperti hampas soya, jagung dan sebagainya.
Rumput Napari
Apa yang kami banggakan adalah rumput yang jatuh di lantai atau kebawah beliau tidak membuangnya seperti penternak lain bahkan beliau mencuci semula dan dijemur hingga kering. Sikap 'tidak membazir' ini boleh dijadikan contoh kepada penternak lain. Selain daripada itu juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
Beliau menasihatkan jangan berharap 100% kepada pekerja bahkan pemilik mestilah juga istilah 'turun padang' bermaksud pemilik juga turut dalam mengusahakn sendiri seperti memberi makan, memandikan dan membersihkan kandang dan sebagainya mengetahui sendiri permasalahan yang timbul, yang benar serta tepat.

LAWATAN KE KAWASAN PILONG-PILONGAN MUARA
Hasil tangkapan yang dijalankan pada wakt malam |
Abdul Rashid bin Metarshad
berumur 26 tahun manakala Md Waliuddin bin Besar pula berumur 28 tahun.
Kedua-kedua mereka bertugas sebagai tentera di Kementerian Pertahanan. Sebagai
tambahan, kedua mereka selalunya akan ‘turun ke laut’ setiap waktu hujung
minggu untuk menangkap ikan dan juga bekara. Tujuan utama aktiviti penangkapan
tersebut adalah untuk menyumbang kepada ekonomi bagi keluarga masing-masing
memandangkan jualan bekara adalah memberangsangkan.
Lawatan ini diadakan beberapa kali. Pada hari pertama, ia diadakan dari pagi hingga malam. Pada minggu seterusnya, ia diadakan sehari suntuk begitu juga, minggu seterusnya. Pengkaji ikut serta dengan nelayan dengan menggunakan perahu khas kedua-dua nelayan tersebut. Pengkaji beserta nelayan 'turun' seawal enam pagi. Ini mengikut kepercayaan mereka bahawa 'turun awal' supaya 'murah rezeki.'

Penangkapan bekara dilakukan
secara berkumpulan memangkan ia memerlukan tenaga lebih daripada seorang.
Teknik-teknik tangkapan yang sering dilakukan
adalah dengan menggunakan bubu atau dengan teknik melembing ‘spearfishing' (ada beberapa kaedah tangkapan lagi). Namun, disini hanya difokuskan kepada dua kaedah.
Teknik melembing adalah dengan
menggunakan ‘pembujak’. Bujak tersebut adalah diperbuat daripada keluli tahan
karat. Teknik membujak memerlukan kefokusan yang tinggi. Bujak tersebut dilembing ka arah sasaran, iaitu bekara tersebut. Bujak tersebut hendaklah sentiasa dalam keadaan yang tajam dan baik. Teknik ini amat susah kerana ia mamerlukan ketajaman mata serta kekuatan tangan (membujak hendak dibuat dengan kerahan tenaga kerana melawan arus di laut).
Selain itu, bubu ikan juga digunakan. Bubu tersebut akan ditahan di tempat-tempat yang tertentu. Ia akan ditahan dalam beberapa waktu. Kedua-dua nelayan menggunakan sistem GPS (Global Positioning System) bagi mengingati dan mengetahui lokasi tempat bubu dibuang.

Hasil tangkapan |
Namun, hasil tangkapan tidak menentu:
apabila yang mula-mula memasuki adalah bekara maka keseluruhan bubu akan
dipenuhi bekara. Jika yang pertama memasuki adalah ikan, maka bubu akan dipenuhi
dengan ikan.
Walaubagaimanapun, kadang kala, bubu yang ditahan, hanyut dan tidak dapat dijumpai. Ini kerana, bubu tersebut akan berada jauh dari tempat ia diletakkan. Arus yang deras adalah penyumbang utama hal ini. Selain itu, ada juga yang pecah. Arus dalam air yang terlalu kuat merosakkan bubu tersebut. Hal ini merugikan nelayan.

Sebagai tambahan lagi, menurut
mereka hasil yang didapati cukup lumayan dan itu menjadi pemacu utama mereka
meneruskan aktiviti tersebut.
Lawatan ini memberi info
mengenai kaedah tangkapan yang dijalankan. Selain itu, pengkaji juga mendapat
pengalaman serta melihat hal-hal berkaitan bekara melalui dari mata informan.
Sedikit sebanyak ia membantu fahaman supaya lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment