PB-3403 Industri Tradisi Brunei
Universiti Brunei Darussalam
Pada 18hb April 2013 iaitu pembukaan rasmi bagi pameran dan seminar yang telah diungkayahkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam. Tetamu kehormat adalah Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.
Seminar telah
diadakan selama 3 hari iaitu pada 18hb, 20hb & 21hb April 2013.
Semua 9 orang mahasiswa dan mahasiswi membuat presentasi di hadapan
murid-murid dari sekolah menenggah serta guru mereka sendiri.
![]() |
Siswi menerangkan hajil kajian |
![]() |
Lawatan penuntut |
Pameran telah mendapat kunjungan dari sekolah-sekolah serta gugu-guru mereka. Tujuan pameran ini adalah untuk memberi infomasi-infomasi penting tentang Industri Tradisi yang ada di Negara Brunei Darussalam kepada orang ramai kursusnya kepada belia-belia pada masa kini. Dalam pameran ini mengandungi 9 jenis peniagaan iaitu peniagaan ayam dan telur ayam, daging kambing dan susu kambing, bekara, pisang, gula gelagah, tarian dan herba.
Tujuan seminar adalah untuk memberikan matlumat tentang kajian yang telah di kaji oleh 9 orang mahasiswa dan mahasiswi kepada guru-guru pelajar serta pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah.
![]() |
Awang Azmain bin Sulaiman berkongsi pengalaman beliau |
Pameran dan Seminar Industri Tradisi Brunei 2013 anjuran Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam berakhir pada 21 April lalu setelah tiga hari diadakan di Dewan Kemasyarakatan Pekan Tutong dan kawasan Pasar neka dan Tamu Tutong.
Pameran itu mendapat sambutan baik daripada penduduk daerah ini menerusi kunjungan orang ramai, pegawai kerajaan dan penuntut sekolah menengah. Dalam salah satu kunjungan,penuntut sekolah turut menghadiri seminar, di mana Orang Berkeperluan Khas (OBK) Awang Azmain bin Sulaiman yang merupakan pengusaha ternakan ayam pedaging, ayam kampung, itik dan puyuh secara kecil-kecilan di Kampung Tanjong Maya Tutong, memberi inspirasi kepada penuntut-penuntut ini.
Beliau menceritakan susah senangnya ketika memulakan perniagaan pada tahun 2002 dengan keadaannya sedemikian namun akhirnya berjaya meraih Anugerah Ladang Ternakan Terbaik bagi Daerah Tutong pada tahun 2010 dan Anugerah Orang Berkeperluan Khas Berjaya 2011.
Kisahnya yang agak menyayat hati namun penuh berinspirasi itu diharap menjadi pencetus semangat peserta pameran dan pengunjung yang datang agar tidak menjadikan kecacatan untuk menghalang mereka mencapai kejayaan.
Pameran dan seminar memberikan maklumat yang baru dan bermanfaat untuk pengunjung selain memberi semangat untuk mereka cuba menceburi bidang perniagaan sendiri di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment